WCIT 2022 | Angkasa-X, USM, Sputnix jalin kerjasama industri angkasa

Industri Aeroangkasa Malaysia mengorak satu lagi langkah ke hadapan apabila syarikat rangkuman sosial teknologi, Angkasa-X menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sputnix. Menurut Pengarah Eksekutif Angkasa-X, William Lim kerjasama itu merupakan usaha untuk melahirkan lebih ramai jurutera satelit menjelang tahun hadapan.